Khamis, 31 Julai 2008

Sekitar Pentauliahan Guru






Alhamdulilah kursus Pentauliahan Guru telah berjalan dengan lancar dengan perasmian penutup oleh Penyelia KRS Negeri Perak, En. Mior Mohd Ruselan Mior Hassan, Pengetua dan Guru Besar turut hadir dalam majlis tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada Sekretariat KRS dan TKRS Daerah Kinta Selatan...

Sabtu, 26 Julai 2008

KURSUS PENTAULIAHAN GURU KRS/TKRS 1/2008

Kursus akan diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Siputeh, Perak mulai Isnin 28 Julai hingga Rabu 30 Julai 2008. Dianggarkan seramai 60 orang guru dari Sekolah Rendah dan Menengah Daerah kinta Selatan akan mengikuti kursus ini.

Kursus adalah meliputi Pengenalan, Pakaian, Kurikulum, Kawad, Ikatan, Bantu Mula, Orienteering, Kerohanian dan Moral. Satu program yang akan diperkenalkan ialah Radio Amatur yang akan dikendalikan dengan kerjasama Guru KRS Daerah Kinta Utara...

SELAMAT BERKURSUS........

Sabtu, 12 Julai 2008

SEKITAR KURSUS KOPRAL 2008










Alhamdulilah Kursus Kenaikan Pangkat Kopral telah berjaya dijalankan oleh Staf Sarjan Daerah Kinta Selatan dengan bimbingan guru-guru. Tahniah dan ada ruang yang masih perlu diperbaiki. 85 orang telah lulus daripada seramai 104 pelajar dari daerah ini telah mengambil bahagian.Kursus berakhir jam 1430 pm dirasmikan penutup oleh Pegawai Tadbir KRS Daerah Kinta Selatan, Kapt. KRS Shahori. Kepada Guru-guru yang membimbing Staf Sarjan, terima kasih diucapkan dan TAHNIAH diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat pangkat KOPRAL... Lagi gambar-gambar akan menyusul...

Isnin, 7 Julai 2008

KENAIKAN PANGKAT KOPRAL 2008

Ujian kenaikan pangkat akan diadakan di SBPI,Gopeng mulai 11 Julai hingga 12 Julai 2008. Pendaftaran bermula jam 2.30 ptg. Semua sekolah Daerah Kinta Selatan yang berminat boleh menghantar pelajar yang layak. Bayaran seorang peserta ialah RM20.00 sahaja.
Pelajar akan menginap di khemah masing-masing.

Khamis, 3 Julai 2008

PENTAULIAHAN GURU 1/2008

Mesyuarat Pentauliahan Guru KRS Daerah Kinta Selatan telah diadakan di SMK Yuk Kwan pada 2hb Julai 2008 jam 2.00 ptg. Mesyuarat telah dihadiri semua Pegawai Tadbir Sekolah kecuali SMK Malim Nawar, SMK St Bernadette's Convent dan SBPI Gopeng.
Kursus Pentauliahan Guru KRS dijadualkan pada 28 Julai hingga 1hb Ogos 2008 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Tronoh, Setakat semalam seramai 20 orang guru dijangka akan mengikuti kursus tersebut. Daerah lain di Negeri Perak juga dipelawa menyertainya.
Antara Programnya ialah:
Kawad , Orienteering, Simpulan, Bantu Mula, Radio Amatur, Tugas dan Kurikulum KRS.