Khamis, 26 Mac 2009

KURSUS GURU KINTA SELATAN



Kursus Asas Jurulatih Pusat Kokurikulum ambilan 1/2009 telah diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan mulai 25 hingga 27 Mac. Kursus ini diberikan kepada guru-guru di Daerah Kinta Selatan.Seramai 41 orang guru dan 10 jurulatih telah terlibat. Perasmian penutup oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan....Tahniah..

Khamis, 12 Mac 2009

Perkhemahan KRS & NGO Negeri Perak



(Gambar sebahagian aktiviti yang dijalankan)

Perkhemahan Pasukan Badan Berunifom anjuran unit Kokurikulum Negeri Perak sedang diadakan di Kem Tok Sakah,Teluk Senangin,Lumut, Perak Darul Ridzuan dari 10 Mac hingga 13 Mac 2009.
Seramai 669 pelajar, lelaki (334 orang)dan perempun (335 orang) terdiri dari Pasukan Kadet Remaja Sekolah(KRS), Pengakap, Bulan Sabit Merah,Puteri Islam,Pandu Puteri,St John Ambulan, Silat dan Taekwando mengambil bahagian. Pegawai seramai hampir 30 orang terdiri dari Guru seluruh Negeri Perak juga terlibat.
Kapten KRS Mohd Azlee Bin Daud telah dilantik sebagai Kem Komandan untuk kali ini.Antara aktivitinya ialah Berakit,Simpulan dan ikatan, Pertolongan Cemas, Radio Amatur, Kompas,Jejak Flora.
Acara penutup ialah pada 13 Mac oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Perak,Tn Hj Mohd Idris Bin Hj Ramli.

**Laporan - Kapten KRS Shahori Mohamad Esa..**

Jumaat, 6 Mac 2009

Kem tKRS & NGO Sekolah Rendah



Kem berlangsung 3-6 Mac 2009 di Kem Tok Sakah,Teluk Senangin,Lumut,Perak.. Hampir 700 pelajar terlibat terdiri dari Pasukan tKRS, Pengakap,Bulan Sabit Merah, Silat.
Aktiviti yang dijalankan ialah Memasak, jungle tracking,Berkayak, Kompas,Radio Amatur, Simpulan dan Ikatan dan Bantu Mula...Tahniah...9W2SOJ