Isnin, 29 Jun 2009

GAMBAR KENANGAN SARJAN 2009



Tahniah kepada yang berjaya, yang gagal cuba lagi.....

KENAIKAN PANGKAT SARJAN 2009


Kursus ini telah diadakan mulai 26-28 Jun 2009 bertempat di Pusat Kokurikulum Kinta Selatan di SK Kuala Dipang,Kampar. Seramai 47 pelajar lelaki dan 47 pelajar perempuan dari 15 sekolah Daerah Kinta Selatan dan 12 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan dari 5 buah sekolah Daerah Perak Tengah mengambil bahagian.Guru-guru seramai 30 orang.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Timbalan PPD Unit HEM Daerah Kinta Selatan.Tuan Kamaruddin Ghazali.Turut hadir ialah Penyelia Kokurikulum Daerah Tuan Mat Salleh Abd Raffar dan Pengerusi Teknik Pasukan Badan Berunifom,Kapt KRS Shahori Mohamad Esa.
Perkara yang dinilai untuk kenaikan pangkat ini ialah Kecergasan, Ikatan dan simpulan, Hafazan dan Moral,Kawad Kaki, Kompas,Bantu mula, Ikhtiar Hidup dan Ujian bertulis.
Seramai 20 pelajar Lelaki dan 23 pelajar Perempuan dari Daerah Kinta Selatan telah lulus dan dianugerahkan pangkat Sarjan.7 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan dari Daerah Perak Tengah.

Khamis, 18 Jun 2009

KURSUS SARJAN DAERAH 2009


Kursus kenaikan pangkat Sarjan KRS peringkat Daerah Kinta Selatan,Perak akan diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan di Kuala Dipang pada 26- 28 Jun 2009.

Setiap sekolah akan menghantar 4 pelajar lelaki, 4 pelajar perempuan.

Selamat berusaha dan berkursus..