Selasa, 25 Ogos 2009

PERCUBAAN SPM 2009

1hb September 2009 akan bermula peperiksaan Percubaan SPM bagi seluruh Negeri Perak. KRS Kinta Selatan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Kami doakan kejayaan kalian.Terima kasih atas sumbangan kalian mengharumkan KRS Daerah Kinta Selatan...


Jangan lupa kibarkan bendera sempena menyambut Kemerdekaan ke-5???.

Ahad, 23 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA


Mulai 22 Ogos 2009, seluruh rakyat Malaysia beragama Islam berpuasa iaitu menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar(lebih kurang 5.45 Pagi) hingga terbenam matahari (lebih kurang 7.15 petang)dan perkara-perkara yang membatalkan puasa...


Selamat berpuasa..

Rabu, 19 Ogos 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR

Bersedia memulakan......
Mulai 10 hb Ogos - 14hb Ogos peperiksaan Percubaan PMR Tahun 2009 bermula. Kepada Semua murid tingkatan 3, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan dengan jayanya.





Selepas Peperiksaan PMR nanti (19 - 22 Oktober) akan diadakan Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan bagi kadet tingkatan 3. Setiap sekolah diharap bersedia dengan menyediakan seramai 8 orang pelajar...

Jumaat, 7 Ogos 2009

KURSUS PEGAWAI WARAN PERAK


Seramai 196 pelajar dari seluruh negeri Perak kecuali Daerah Kerian dan Hulu perak telah hadir untuk kursus ini. 98 pelajar lelaki dan 98 pelajar perempuan. Kursus dijalankan di PULARES, Batu Gajah selama 4 hari bermula dari 03 Ogos hingga 06 Ogos 2009.

Seramai 7 pelajar lelaki layak naik Pangkat Pegawai Waran 1, 2 orang daripada Kinta Selatan iaitu PW1 Shafiq Musbar Bin Musa dan PW1 Syahrunnaim Bin Salehuddin dari SMK Sultan Yussuf dan 5 pelajar Pegawai Waran 2 iaitu Mohd Syahrul Aswad,Amir Mustaqim,Mohd Hazim, Mohd Syamrin (SYS)dan Hairul Rafie dari SBPI Gopeng.
Pelajar perempuan 3 orang naik Pangkat sebagai PW2 iaituNurul 'Aqilah Abdul Rahman dan Ielya Nur Syakireen Nirizani dari SBPI dan Norul Aqillah Zanuddin dari SMK Seri Teja, Tahniah...

Video dalam proses, hubungi 013-4001544 Tn. Shahori untuk video.. Bayaran RM10 termasuk pos..

Isnin, 3 Ogos 2009

Kenaikan Pangkat Pegawai Waran


Kursus yang sepatutnya berlangsung di Lata Guar,Manong, Peringkat Negeri Perak telah diubah ke PULARES, Batu Gajah,Perak.

Kursus selama 4 hari mengikut pendaftaran hari ini seramai 190 orang pelajar. Semasa pendaftaran, saringan kesihatan telah dijalankan dan beberapa pelajar telah gagal melepasi ujian tersebut dan terpaksa dihantar pulang.

Pegawai seramai 24 orang akan terlibat dalam kursus ini..Gambar akan menyusul kemudian..