Ahad, 9 Mei 2010

KURSUS KAWAD PBB 2010


Pada 7-8hb Mei bertempat di SBPI Gopeng berlangsungnya Kursus Kawad Kaki Pasukan Badan berunifom Daerah Kinta Selatan. Peserta terdiri daripada 32 orang Ketua Platun, dan 8 orang Guru Penasihat Pasukan Badan berunifom Daerah Kinta Selatan. Pada 7hb Mei Ketua Platun dilatih Kawad Asas iaitu Kawad Statik dan kawad Dinamik. Jam 9 malam ditayangkan Kawad Kaki Pasukan yang telah menjadi Johan negeri Perak 2009.

8hb Mei Ketua Platun dilatih Kawad Dinamik dan latihan membuat Kawad Formasi yang diketuai oleh Tuan Azahar Mohd Idin dibantu oleh Pegawai Waran Daerah Kinta Selatan. Guru Penasihat diberi kursus mengendalikan pasukan dan Hakim Kawad Kaki NGO dan GO oleh Tuan Shahori Mohamd Esa dan penerangan Penghakiman melalui tayangan video oleh Tuan Mohd Firdaus Abdullah.
Selesai minum pagi, Guru Penasihat melihat demonstrasi Kawad Kaki oleh Ketua Platun hingga jam 12 tengahari. Semasa demonstrasi berlangsung, Penolong PPD Daerah Kinta Selatan, Tuan Mohamad Hussin Bin Mat Rashid dan Penyelia Kokurikulum Daerah Kinta Selatan, Tuan Mat Salleh Bin Abd Raffar membuat lawatan.Penolong PPD mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK Daerah kerana berjaya mengendalikan kursus dengan jayanya.
Kursus Kawad Kaki Ketua Platun dan Guru Penasihat tamat jam 1.15 petang dengan Majlis penyampaian Sijil penyertaan oleh Pengerusi Teknik Pasukan Badan Berunifom Daerah Kinta Selatan, Kapt.KRS Shahori Mohamad Esa.

Gambar-gambar boleh dilihat di facebook - krs bin selatan.

Selasa, 4 Mei 2010

Mesyuarat Kawad Kaki

PK koku sedang berbincang serius..
Teliti mendengar

28hb April yang lalu berlangsung mesyuarat kawad Kaki KRS,NGO dan GO bagi menentukan tarikh berlangsungnya pertandingan kawad Kaki Peringkat Daerah Kinta Selatan. Persetujuan dicapai, pertandingan akan diadakan pada 29hb Jun bagi KRS, 30hb bagi NGO dan 1hb Julai bagi GO.



Bagi memberi peluang kepada murid memperkemaskan kawad, satu latihan dan taklimat akan diadakan pada 6 dan 7hb Mei bagi Ketua Platun, 7hb Mei Guru Penasihat,dan 7hb juga kursus Hakim bagi Guru penasihat pasukan Badan Berunifom bertempat di SBPI Gopeng..