Ahad, 11 Mei 2008

KURSUS SARJAN KRS DAERAH TAHUN 2008

Kursus dijangka akan diadakan pada 13-15 Jun 2008 bertempat di SBPI Gopeng. Setiap sekolah diminta menghantar sekurang-kurangnya 4 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan berpangkat Kopral ke Kursus tersebut. Sekolah digalakkan menghantar semua Pelajar berpangkat Kopral bagi memilih pelajar untuk kenaikan pangkat Staf Sarjan diperingkat Negeri.
Surat akan dihantar selepas mesyuarat AJK KRS Daerah Kinta Selatan.

KAWAD KAKI GO LELAKI NEGERI PERAK 2008






Pertandingan telah dianjurkan oleh Daerah Kinta Selatan bertempat di Arena Square, Batu Gajah. AJK bertugas adalah terdiri daripada AJK KRS Kinta Selatan dan Guru-guru dari SMK Yuk Kwan dan SMK St Bernadette's Convent.

Upacara Penutup telah dilakukan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan YM Raja Abdul Rahman Bin Raja Amran.

Semua daerah telah menghantar pasukan. Acara bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.30 Petang. Terima kasih kepada yang bertugas...

Rabu, 7 Mei 2008

JOHAN KAWAD KAKI PUTERI 2008






Alhamdulillah pasukan KRS Sek. Berasrama Penuh Integrasi Gopeng yang mewakili Daerah Kinta Selatan telah menjadi Johan dalam Pertandingan yang diadakan di Sek. Keb. Kg Boyan, Taiping di daerah LMS.
Tahniah kepada yang terlibat.........

PERTANDINGAN KAWAD KAKI LELAKI 2008





Bertempat di Sek. Men. Teknik Teluk Intan, KRS Kinta Selatan telah menghantar pasukan KRS Lelaki dari SMK Pei Yuan,Kampar ke pertandingan tersebut. Pertandingan bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.45 petang. Pasukan KRS SMK Pei Yuan hanya mendapat tempat saguhati sahaja. Terima kasih kepada KRS SMK Pei Yuan kerana telah mencuba dalam pertandingan yang disertai 10 daerah di negeri Perak.