Sabtu, 28 Februari 2009

PERKHEMAHAN KRS DAN NGO NEGERI PERAK

Perkhemahan ini akan diadakan di Kem Tok Sakah, Manjung bermula pada 10-13 Mac 2009. seramai 720 peserta dijangka akan menyertai perkhemahan tersebut..
Kepada Pelajar yang terlibat harap bersedia....Berkayak, kompas, Radio Amatur, Rempuh halangan, Ikhtiar Hidup dan sebagainya.....

Khamis, 12 Februari 2009

KEM KETUA PLATUN SIRI 1/2009





Kem Ketua Platun KRS Daerah Kinta Selatan diadakan pada 06- 08 Februari 2009 yang lalu bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan.
Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada Ketua Platun KRS Sekolah-sekolah di Daerah Kinta Selatan. Seramai 109 pelajar, 20 Pembantu Jurulatih dan 20 Guru selaku Jurulatih terlibat.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Tuan PPD Daerah, YM Raja Hj Abdul Rahman Bin Raja Amran, diiringi oleh Timbalan PPD Hj Mat Jaafar Bin Hj Mat Zain.Terima kasih tuan PPD.
Semoga kem ini akan memberi pengetahuan kepada Ketua Platun untuk menjalankan tugas dan membimbing pelajar yang lain.Tahniah kepada yang lulus, yang gagal, cuba lagi tahun hadapan...

Selasa, 3 Februari 2009

AJK KRS SESI 2009

Mesyuarat kali pertama/2009 KRS Kinta Selatan di SMK Yuk Kwan, Batu Gajah telah melantik Left.KRS Norizman Idris dari SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, sebagai Pegawai Tadbir KRS Kinta Selatan menggantikan Kapt. KRS Shahori Mohamad Esa yang memegang jawatan Pengerusi Teknik Pasukan Badan Berunifom Daerah Kinta Selatan.

Lain-lain AJK masih kekal seperti biasa. Selamat menjalankan tugas...

KEM KETUA PLATUN DAN KAWAD KAKI 1/2009

Mesyuarat pada 02/02/2009 di PPD Kinta Selatan telah memutuskan akan mengadakan Kem Ketua Platun dan Kursus Kawad pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6- 8 Februari 2009
Tempat : Pusat Kokurikulum Kinta Selatan( SK Kuala Dipang)
Peserta : Setiap Sekolah diwajibkan menghantar 8 Pelajar, 4 lelaki dan 4 perempuan.
Bayaran : RM30 (Termasuk T'shirt) seorang.

Seramai 120 orang pelajar, 20 Pembantu dan 20 Guru akan terlibat.

Semoga pelajar bersedia....