Jumaat, 21 November 2008

EXPDC BERBASIKAL KUALA-PENGKALAN HULU














Sebelum bertolak.. 9W2YR dengan basikal uniknya
Alhamdulilah seramai 25 orang telah berjaya mengikuti Expdc berbasikal dari Kuala Kangsar ke Pengkalan Hulu yang jaraknya hampir 160 km.
Bertolak dari PPD Kuala Kangsar jam 8.15 pg meneruskan perjalanan ke Lenggong untuk menikmati jamuan ringan jam 11.00 pagi.Meneruskan perjalan ke Grik, 100 km dari Kuala Kangsar tiba jam 1.55 petang.Jam 3.00 petang meneruskan perjalanan ke Pengkalan Hulu dan tiba jam 6.00 petang.
Di Pengkalan Hulu menikmati jamuan minum petang.Menginap di Chalet Air Panas. Sebelah malam diraikan oleh Pemimpin Pengkalan Hulu dengan mengadakan jamuan makan, tayangan kayuhan berbasikal dan penyampaian sijil dan cenderamata kepada pihak yang sponsor..
Keesokannya 20hb bertolak ke Betong untuk melancong(bukan melencong). Jam 4.00 petang meneruskan perjalan pulang ke Kuala Kangsar. 20 km terakhir berbasikal semula dari Sauk ke PPD Kuala Kangsar, selamat tiba jam 6.45 petang.TAHNIAH SEMUA YANG TERLIBAT..

Selasa, 18 November 2008

BERKAYUH 18-21/11/2008

Basikal dah siap sedia......
Jabatan Pelajaran Negeri Perak akan menganjurkan Program Berbasikal dari Kuala Kangsar Ke Pengkalan Hulu. Dijangka seramai 25 orang guru akan mengambil bahagian dalam program ini.
Program bermula 18hb pendaftaran dan taklimat.19hb jam 7.30 pagi akan bertolak dari Kuala Kangsar ke Pengkalan Hulu. 20hb rehat sebelah pagi dan meneruskan perjalanan balik sebelah petang.. SELAMAT BERKAYUH GURU-GURU...........

Khamis, 13 November 2008

KURSUS JURULATIH UTAMA KHB JPN PERAK





















Kursus diadakan di hotel Regency Alor Setar kepada semua Jurulatih Utama 4 bidang KHB negeri Perak.Seramai 102 guru terlibat.10-12 November 2008...Lepas kursus jalan-jalan Padang Besar...

Selasa, 11 November 2008

MESYUARAT PT DAERAH JPN PERAK


















Kursus diadakan di Langkasuka Hotel,Langkawi dari 03-06/11/2008. Seramai 35 Pengerusi Teknik Daerah JPN Perak dalam 5 bidang telah hadir. Ketua Sektor turut hadir.Seronok, pergi beg kosong, balik tambah beg lagi tu....

AKTIVITI 07-09/11/2008
















KURSUS PERSATUAN & KELAB SUKAN






















Kursus diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan di SK Kuala Dipang dari 07-09/11/2008. Seramai 25 Pelajar lelaki dan 30 Pelajar perempuan terlibat dari Sekolah Menengah di Daerah Kinta Selatan.