Jumaat, 18 April 2008

PERKHEMAHAN KRS&NGO PERINGKAT KEBANGSAAN

Perkhemahan akan diadakan di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam, Pulau Pinang mulai 20hb April hingga 26hb April 2008. Seramai 6 orang Guru termasuk Penyelia Kokurikulum Kinta Selatan En. Mat Salleh akan turut serta. Guru-guru terdiri daripada En. Shahori dan En. Zaharuddin daripada SMK Yuk Kwan,Batu Gajah, En. Asmawi daripada SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, En.Mohd Sharif SK Sahom, dan En. Azizul daripada SMK Sentosa.
Pelajar seramai 11 orang daripada Daerah Kinta Selatan. 54 orang lagi daripada seluruh negeri Perak. SELAMAT PERGI DAN SELAMAT PULANG dengan selamat....

Khamis, 10 April 2008

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KRS 2008

Pertandingan akan dijalankan di Arena Square, Batu Gajah, Perak pada
15hb April 2008 bermula jam 8.00 pagi. Sebanyak 11 pasukan mengambil bahagian dari Daerah Kinta Selatan. Semua dijemput hadir.

Isnin, 7 April 2008

MESYUARAT AJK PELAKSANA PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2008

Mesyuarat akan diadakan pada 09hb April 2008 jam 09.00 pagi di SMK Yuk Kwan, Batu Gajah.
Surat telah dihantar ke Sekolah-sekolah yang terlibat.
Minit Mesyuarat juga telah dihantar bersama-sama dengan surat panggilan Mesyuarat.

Jumaat, 4 April 2008

PERKHEMAHAN KRS & NGO KALI-1/2008

Perkhemahan gabungan KRS dan NGO telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampar mulai 1hb April hingga 3hb April. Perkhemahan yang julung kalinya ini adalah untuk memilih wakil-wakil dari setiap daerah Pasukan KRS dan NGO untuk ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka bagi perempuan dan di Pulau Pinang bagi Lelaki. Seramai 200 peserta perempuan dan 192 peserta lelaki telah menyertainya. Urusetia oleh Daerah Kinta Selatan diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kawad Kaki, Pandu arah, Rakit, Ikatan, Persembahan, Radio Amatur, Dinamika. Jurulatih terdiri daripada gabungan KRS dan NGO seluruh negeri Perak.