Sabtu, 21 Jun 2008

KENANGAN KURSUS STAF SARJAN 2008






Gambar-gambar kenangan Kursus yang telah diadakan di Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Seramai 10 orang Sarjan dari Daerah Kinta Selatan telah berjaya mendapat Staf Sarjan. 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Tahniah.... Ingin lihat gambar-gambar lain hubungi saya... krskintaselatan@yahoo.com.

Ahad, 15 Jun 2008

KURSUS SARJAN 2008










Alhamdulillah, telah berjaya diadakan mulai 13 Jun - 15 Jun 2008 di SBPI Gopeng. Penyertaan pelajar dari 14 buah sekolah Daerah Kinta Selatan seramai 70 orang, 15 Pembantu dan 19 orang Guru. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir KRS Daerah, Kapt(KRS) Shahori Mohamad Esa.


Seramai 17 orang pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan layak dinaikkan pangkat Sarjan bagi tahun 2008. Tahniah.

Rabu, 11 Jun 2008

Mesyuarat Kursus Staf Sarjan Perak 2008




Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelajaran Perak pada 10hb Mei 2008 bermula jam 2.00 petang. Mesyuarat membincangkan perlaksanaan program Kursus Kenaikan Pangkat, Lantikan Jawatankuasa Pelaksana dan sebagainya. Semua AJK Negeri dan Pegawai Tadbir Daerah Negeri Perak hadir..

Khamis, 5 Jun 2008

KURSUS STAFF SARJAN PERAK 2008

Kursus kenaikan pangkat Staff Sarjan akan diadakan pada 17hb Jun hingga 20hb Jun 2008 bertempat di Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
Setiap daerah akan menghantar seramai 15 Sarjan lelaki dan 15 Sarjan Perempuan yang layak untuk dinaikkan pangkat.
Antara perkara yang akan dinilai ialah dari segi Kawad, Ikatan dan simpulan, Hafazan, Pidato umum, bantu mula dan Orienteering. Diharap Sarjan dari Daerah Kinta Selatan akan berjaya menempuhi penilaian tersebut. SELAMAT BERJUANG...