Ahad, 31 Ogos 2008

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2008






Setelah berpenat lelah latihan mulai 25 Ogos hingga 30 Ogos di Stadium Perak, akhirnya kami berjaya dalam perbarisan hari Kebangsaan ke-51. Bagi kami yang penting.. kerjasama... eh, penyertaan kami mewakili JPN Perak...Tahniah kepada semua guru...

Sabtu, 30 Ogos 2008

Reheasal Hari Kebangsaan



Gambar dari http//9w2dtl.blogspot.com untuk rakan dan anak murid tengok sempena Hari Kebangsaan di Ipoh pada 27 Ogos yang lalu....
Terserlah keboroian masing-masing..
Selamat Hari Kebangsaan ke-51

Jumaat, 29 Ogos 2008

Makan-Makan Di JPN





Guru-guru yang terlibat Perbarisan Hari Kebangsaan dijamu dengan BBQ pada sebelah malam di JPN Perak, 29 Ogos 2008. Terima kasih..

Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-51

Seramai 60 orang guru dari Daerah Kinta Utara dan Selatan telah terpilih untuk mewakili JPN Perak untuk Perbarisan Hari Kebangsaan di Ipoh. Guru-guru telah berlatih mulai 25 Ogos yang lalu di Stadium Perak. Gambar akan menyusul kemudian.. SELAMAT BERKAWAD....
9W2SOJ.... 73

Isnin, 25 Ogos 2008

PEGAWAI WARAN 1


Tahniah, mereka(Duduk no 2 dan no 4 dari kiri) berjaya memperolehi Pangkat Pegawai Waran 1, seorang daripadanya, Wan Syamimi Binti Wan Sajiri(Dua dari kiri) Pegawai Waran 1 Wanita terbaik Kebangsaan. Mereka adalah dari SBPI Gopeng...Kursus dijalankan dari 17- 22 Ogos 2008

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Ahad, 10 Ogos 2008

Pegawai Waran Perak






Seramai 4 orang Staf Sarjan telah menjalani pemilihan ke Kursus kenaikan pangkat Pegawai Waran di Selangor,pada 17 Ogos-22 Ogos 2008. Pemilihan dijalankan di Ulu Kenas,Kuala Kangsar berdasarkan Kawad, Ikhtiar Hidup, Keusahawanan, Ikatan, Pengucapan Awam. Bantu Mula, Rakit, jerat. Alhamdulilah tiga orang telah terpilih dan seorang sebagai reserve. Tahniah dan teruskan usaha kalian.. beberapa gambar ada dirakam...