Isnin, 15 September 2008

KURSUS IKHTIAR HIDUP KRS 2008

Kursus akan diadakan mulai 20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dalam 2 sesi.
Sesi 1 ialah dari 20 - 22 Oktober 2008
Sesi 2 dari 22 - 24 Oktober 2008

Tempat di Ulu Kenas, Kuala Kangsar.

Setiap Daerah akan diwakili oleh 4 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan Tingkatan 3 sahaja.
Daerah Kinta Selatan lelaki akan diwakili oleh pelajar SBPI Gopeng, SMK Pei Yuan, SMK Toh Indera Wangsa Ahmad dan SMK Sultan Yussuf. Pelajar perempuan adalah dari SMK Sentosa, SBPI Gopeng, SMK St. Bernadette's Convent dan SMK Dato' Bendahara CM Yusuf.

Diharap pelajar yang terpilih bersedia...

Khamis, 11 September 2008

KURSUS RAKIT GURU PASUKAN BADAN BERUNIFOM

Mesyuarat akan dijalankan di JPN Perak pada 18 September jam 2.00 petang. Kursus dijangka akan diadakan mulai 06 Oktober hingga 09 Oktober 2008 di Kuala Kangsar. Diharap guru yang akan terpilih bersedia.

IKHTIAR HIDUP KRS 2008

Mesyuarat jawatankuasa program Ikhtiar Hidup tKRS/KRS akan diadakan di JPN Perak pada 12 September 2008 jam 9.00 pagi. Program dijangka dibuat selepas PMR 2008.

Ahad, 7 September 2008

TIPS MOTIVASI DAN MINDA 1

Dalam Kaabah

Sempena bulan Ramadhan dan Peperiksaan yang hampir tiba, ada beberapa perkara yang perlu dinilai dalam diri pelajar. Disini saya ada beberapa perkara yang boleh di kongsi bersama..
1. Punca Lupa:-
a. Otak kita lemah
b. Pengalaman atau maklumat lain memintas
c. Tidak ulangi satu-satu maklumat
d. Tidak menyusun nota dengan baik
e. Tidak faham apa yang disampaikan
f. Tidak mendapat penjelasan
g. Membaca dan menghafal dalam keadaan tidak faham
h. Fikiran runsing,stress dan susah hati
i. Melakukan maksiat dan dosa
j. Kurang tidur atau tidur pada waktu Asar

Jumaat, 5 September 2008

PANGKAT PELAJAR KRS

Pangkat pelajar adalah dimulakan dari :-
a)Lans Koperal, Koperal (Kedua-dua pangkat dikurniakan oleh sekolah melalui ujian yang dijalankan)
b)Sarjan (Kurniaan Daerah),
c)Staf Sarjan (Kurniaan Negeri),
d)Pegawai Waran 2 dan Pegawai Waran 1 (Peringkat Kebangsaan).

Sehingga kini Daerah Kinta Selatan,Perak baru mempunyai 2 orang Pegawai Waran 1, Tiada Pegawai Waran 2 dan 8 orang Staf Sarjan.
Semoga tahun 2009, Daerah Kinta Selatan akan terus mendapat pelajar yang mempunyai Pangkat Pegawai Waran dan Staf Sarjan.

Antara Pelajar yang berpangkat adalah:-
1. Pegawai Waran 1- Wan Nur Syamimi Wan Sajiri - SBPI Gopeng
2. Pegawai Waran 1- Nur Nabilah Abdul Hakim - SBPI Gopeng
3. Staf Sarjan - Ahmad Nazrin Adam -SMK Sentosa
4. Staf Sarjan - Loqmanul Hakim Mohd Zakaria - SBPI Gopeng
5. Staf Sarjan - Masharah Mohd Latif - SBPI Gopeng
6. Staf Sarjan- Nur Afiqah Hamzah - SBPI Gopeng...

Isnin, 1 September 2008

SELAMAT BERPUASA

Mulai hari ini 1 September kita mula berpuasa. Selamat menunaikan ibadah puasa semoga diterima oleh Allah ibadat puasa kita ini.
Program KRS akan berhenti seketika, Program akan berjalan semula bulan Oktober dengan Kursus Ketua Platun, Kursus Berakit untuk Guru-guru, Ikhtiar hidup, Kawad Kaki, orienteering dan Radio Komunikasi....Tunggu......