Jumaat, 4 April 2008

PERKHEMAHAN KRS & NGO KALI-1/2008

Perkhemahan gabungan KRS dan NGO telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampar mulai 1hb April hingga 3hb April. Perkhemahan yang julung kalinya ini adalah untuk memilih wakil-wakil dari setiap daerah Pasukan KRS dan NGO untuk ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka bagi perempuan dan di Pulau Pinang bagi Lelaki. Seramai 200 peserta perempuan dan 192 peserta lelaki telah menyertainya. Urusetia oleh Daerah Kinta Selatan diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kawad Kaki, Pandu arah, Rakit, Ikatan, Persembahan, Radio Amatur, Dinamika. Jurulatih terdiri daripada gabungan KRS dan NGO seluruh negeri Perak.

Tiada ulasan: