Khamis, 12 Februari 2009

KEM KETUA PLATUN SIRI 1/2009





Kem Ketua Platun KRS Daerah Kinta Selatan diadakan pada 06- 08 Februari 2009 yang lalu bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan.
Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada Ketua Platun KRS Sekolah-sekolah di Daerah Kinta Selatan. Seramai 109 pelajar, 20 Pembantu Jurulatih dan 20 Guru selaku Jurulatih terlibat.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Tuan PPD Daerah, YM Raja Hj Abdul Rahman Bin Raja Amran, diiringi oleh Timbalan PPD Hj Mat Jaafar Bin Hj Mat Zain.Terima kasih tuan PPD.
Semoga kem ini akan memberi pengetahuan kepada Ketua Platun untuk menjalankan tugas dan membimbing pelajar yang lain.Tahniah kepada yang lulus, yang gagal, cuba lagi tahun hadapan...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bolehkah tuan hantar gambar-gambar kursus ketua platun kapada saya??
xinyi_7@hotmail.com

Tanpa Nama berkata...

copy past aje gambar tu,mudahkan...