Rabu, 19 Mac 2008

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2008

Mesyuarat yang telah dijalankan pada hari ini 19 Mac 2008 memutuskan Pertandingan Kawad Kaki akan diadakan pada 15 April 2008(Selasa) bertempat di Arena Square Batu Gajah. SMK Yuk Kwan akan menjadi tuan rumah. Setakat ini 5 pasukan Lelaki dan 6 pasukan perempuan telah mengesahkan akan mengambil bahagian. Yuran diputuskan meliputi makan dan hadiah pelajar serta sijil penyertaan kepada setiap pelajar. Hadiah Ketua Platun Terbaik lelaki dan perempuan juga akan diberikan.Terima kasih kepada semua Pegawai Tadbir yang hadir..

Jumaat, 14 Mac 2008

Mesyuarat Pertandingan Kawad Kaki KRS 2008

Mesyuarat akan diadakan pada 19hb Mac 2008(RABU) jam 9.00 pagi bertempat di SMK Yuk Kwan, No 9 Jalan Kelab,31000 Batu Gajah. Semua Pegawai Tadbir KRS Sekolah Daerah Kinta Selatan dikehendaki hadir. Surat akan difaxkan ke sekolah...

Taklimat Pegawai Data KRS

Satu taklimat kepada Pegawai Data Kadet Remaja Sekolah-sekolah Daerah Kinta Selatan akan diadakan pada 18hb Mac 2008 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan. Pegawai Data KRS setiap sekolah dikehendaki hadir untuk taklimat tersebut. Surat akan menyusul...

Selasa, 4 Mac 2008

KURSUS KAWAD KAKI 2008
















Kursus telah dijalankan dengan jayanya ditelah disertai seramai 23 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan dari seluruh Daerah Kinta Selatan. Kursus Penghakiman juga telah berjaya dijalankan pada 1/3/2008. Terima kasih kepada semua AJK yang bertungkus lumus, Ketua Jurulatih Krian, Left(KRS) Mohd Fauzi Hj Masri, Pembantu-pembantu dan pihak sekolah SBPI Gopeng. Semoga Kursus ini akan memberi manfaat kepada semua...