Jumaat, 30 Oktober 2009

Tangguh........... Terus....


Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan KRS telah di tangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak, ini berikutan peristiwa yang berlaku di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan tempohari. Pihak AJK KRS Daerah mohon maaf jika program tidak dapat dijalankan...

Kursus Pentauliahan Guru,Penolong Kanan Kokurikulum dan Pengetua akan tetap diadakan seperti dirancangkan di Pusat latihan UiTM, Sungai Galah,Tanjong Tualang...

SELESAI


Dua lagi korban tragedi jambatan gantung runtuh sewaktu menyertai perkhemahan 1 Malaysia di Kampar Selasa lalu telah ditemui.

Mereka ialah Davadharshin a/p Maheswarawandan, 11, dan Diryasree a/p Vasudevan, 12.

Davadharshin adalah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, manakala Diryasree adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng

Mayat Davadharshin ditemui malam tadi manakala mayat Diryasree ditemui pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshin ditemui terapung pada jam 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang - kira-kira 15 km dari tempat kejadian.

Beliau berkata, mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Aziz berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mayat mangsa akan dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan.

Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat kejadian.

Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke ospital Kampar untuk bedah siasat.

Sebelum ini mayat mangsa pertama Dina Dewe a/p Nathan, 11, ditemui pada jam 8.40 pagi Selasa lalu berhampiran loji di sungai itu kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh.

Tiga mangsa tersebut adalah antara 22 murid yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun 19 mangsa berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah terbabit. - BERNAMA

Selasa, 27 Oktober 2009

TRAGEDI PUSAT KOKURIKULUM

KAMPAR: Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini, malam tadi. Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu. Suasana ketika itu kelam kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar ketika sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lalu itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang. Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan. Menceritakan semula detik-detik cemas malam tadi, Zulkifli berkata, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan tanpa berfikir panjang beliau terus terjun ke sungai berkenaan untuk membantu mangsa.
Dua lagi rakannya, Rosli Mohamad, 44, dan Ismail Ahmad 62, turut terjun ke sungai bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Zulkifli berkata, rakannya Rosli berjaya membawa naik enam murid manakala beliau dan Ismail sempat menarik naik antara empat dan enam murid. "Air sungai sangat deras dan saya bersyukur kerana dapat membantu dengan cepat," katanya. Sementara itu, seorang guru, Mohd Safri Abdul Rafar berkata, beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.
Menyedari jambatan itu runtuh ketika murid-murid berada di atasnya, beliau nekad terjun ke sungai dan mengharungi arus deras bagi menyelamatkan mereka. Seorang pelajar yang terselamat dalam kejadian itu, Mohd Haziq Teng Mohd Salleh, 12, dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bemban, Batu Gajah, berkata ketika kejadian, beliau berada di tengah-tengah jambatan. "Tiba-tiba saja saya tercampak ke dalam sungai, air sangat deras...saya bersyukur kerana sempat berpaut pada tali yang terjuntai dari titi dan dapat menyelamatkan diri dengan menaiki tepi tebing," katanya. Perkhemahan yang bermula semalam, dijadual hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam. Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini dan ia menghubungkan tapak perkhemahan untuk ke SK Kuala Dipang. Seramai 23 guru terbabit dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu adalah yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu. - Bernama

(17/10/2009)

26/10/2009

Kursus Sarjan KRS akan diberitahu kemudian, sama ada di sini juga
atau di PULARES...

Isnin, 19 Oktober 2009

KURSUS SARJAN SIRI 2/2009

Kursus akan diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan,Kuala Dipang,Kampar pada 02/11-04/11/2009.
Setiap sekolah akan menghantar sekurang-kurangnya 8 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 untuk kenaikan pangkat ini..

BERSEDIAKAH ANDA.....

  1. Larian 5 km
  2. Ujian Kecergasan
  3. Ikatan dan Simpulan
  4. Hafazan dan Pengucapan Awam
  5. Bantu Mula
  6. Arahan Kawad Kaki
  7. Orienteering
  8. Ikhtiar Hidup...

Jika belum, berlatih la sekarang........ Kami cabar anda.. Hubungi guru Penasihat sekolah anda untuk menyertainya..RM50 yuran, dapat t'shirt lagi.....

Ahad, 11 Oktober 2009

Hari PMR 2009

SELAMAT MENGHADAPI PMR 2009... SEMOGA ANDA BERJAYA..... HADAPI DENGAN PENUH KEYAKINAN.....