Sabtu, 10 Januari 2009
TAHUN 2009
Agak terlewat mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi, semoga tahun ini akan bertambah Ilmu, Iman dan Amal.
Program-program akan diberitahu nanti selepas AJK Induk Daerah bermesyuarat..
Antara Program ialah:
1. Kursus Ketua Platun
2. Kursus Kenaikan Pangkat Lans Kopral, Kopral, Sarjan dan Staff Sarjan.
3. Kursus Kawad Kaki
Tempat akan diberitahu kemudian... BERSEDIA....
Isnin, 8 Disember 2008
Jumaat, 21 November 2008
EXPDC BERBASIKAL KUALA-PENGKALAN HULU


Sebelum bertolak.. 9W2YR dengan basikal uniknya
Alhamdulilah seramai 25 orang telah berjaya mengikuti Expdc berbasikal dari Kuala Kangsar ke Pengkalan Hulu yang jaraknya hampir 160 km.
Bertolak dari PPD Kuala Kangsar jam 8.15 pg meneruskan perjalanan ke Lenggong untuk menikmati jamuan ringan jam 11.00 pagi.Meneruskan perjalan ke Grik, 100 km dari Kuala Kangsar tiba jam 1.55 petang.Jam 3.00 petang meneruskan perjalanan ke Pengkalan Hulu dan tiba jam 6.00 petang.
Di Pengkalan Hulu menikmati jamuan minum petang.Menginap di Chalet Air Panas. Sebelah malam diraikan oleh Pemimpin Pengkalan Hulu dengan mengadakan jamuan makan, tayangan kayuhan berbasikal dan penyampaian sijil dan cenderamata kepada pihak yang sponsor..
Keesokannya 20hb bertolak ke Betong untuk melancong(bukan melencong). Jam 4.00 petang meneruskan perjalan pulang ke Kuala Kangsar. 20 km terakhir berbasikal semula dari Sauk ke PPD Kuala Kangsar, selamat tiba jam 6.45 petang.TAHNIAH SEMUA YANG TERLIBAT..
Selasa, 18 November 2008
BERKAYUH 18-21/11/2008
Jabatan Pelajaran Negeri Perak akan menganjurkan Program Berbasikal dari Kuala Kangsar Ke Pengkalan Hulu. Dijangka seramai 25 orang guru akan mengambil bahagian dalam program ini.
Program bermula 18hb pendaftaran dan taklimat.19hb jam 7.30 pagi akan bertolak dari Kuala Kangsar ke Pengkalan Hulu. 20hb rehat sebelah pagi dan meneruskan perjalanan balik sebelah petang.. SELAMAT BERKAYUH GURU-GURU...........
Khamis, 13 November 2008
Selasa, 11 November 2008
Langgan:
Catatan (Atom)












