Khamis, 3 Julai 2008

PENTAULIAHAN GURU 1/2008

Mesyuarat Pentauliahan Guru KRS Daerah Kinta Selatan telah diadakan di SMK Yuk Kwan pada 2hb Julai 2008 jam 2.00 ptg. Mesyuarat telah dihadiri semua Pegawai Tadbir Sekolah kecuali SMK Malim Nawar, SMK St Bernadette's Convent dan SBPI Gopeng.
Kursus Pentauliahan Guru KRS dijadualkan pada 28 Julai hingga 1hb Ogos 2008 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Tronoh, Setakat semalam seramai 20 orang guru dijangka akan mengikuti kursus tersebut. Daerah lain di Negeri Perak juga dipelawa menyertainya.
Antara Programnya ialah:
Kawad , Orienteering, Simpulan, Bantu Mula, Radio Amatur, Tugas dan Kurikulum KRS.

Tiada ulasan: