Khamis, 12 Mac 2009

Perkhemahan KRS & NGO Negeri Perak



(Gambar sebahagian aktiviti yang dijalankan)

Perkhemahan Pasukan Badan Berunifom anjuran unit Kokurikulum Negeri Perak sedang diadakan di Kem Tok Sakah,Teluk Senangin,Lumut, Perak Darul Ridzuan dari 10 Mac hingga 13 Mac 2009.
Seramai 669 pelajar, lelaki (334 orang)dan perempun (335 orang) terdiri dari Pasukan Kadet Remaja Sekolah(KRS), Pengakap, Bulan Sabit Merah,Puteri Islam,Pandu Puteri,St John Ambulan, Silat dan Taekwando mengambil bahagian. Pegawai seramai hampir 30 orang terdiri dari Guru seluruh Negeri Perak juga terlibat.
Kapten KRS Mohd Azlee Bin Daud telah dilantik sebagai Kem Komandan untuk kali ini.Antara aktivitinya ialah Berakit,Simpulan dan ikatan, Pertolongan Cemas, Radio Amatur, Kompas,Jejak Flora.
Acara penutup ialah pada 13 Mac oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Perak,Tn Hj Mohd Idris Bin Hj Ramli.

**Laporan - Kapten KRS Shahori Mohamad Esa..**

Tiada ulasan: