Isnin, 4 Mei 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI NGO 2009


Pertandingan diadakan di Arena Square,Batu Gajah peringkat Negeri Perak.Seramai 10 pasukan dari seluruh Daerah negeri Perak mengambil bahagian.Sekolah yang terpilih adalah dari kalangan Pasukan yang telah terpilih peringkat Daerah yang diadakan seminggu sebelumnya.
Pasukan yang menyertai adalah St John Ambulan SMK Pei Yuan (Kinta Selatan),Pengakap SMKA Kerian(Kerian),Pengakap SM Raja Dr Nazrin Shah (Perak Tengah),PBSM SMK Sam Tet(Kinta Utara), PBSM SMK Sains Teluk Intan(Hilir Perak), PBSM SMK Nan Hwa (Manjung), PBSM SMKA Slim River(Batang Padang), Pengakap SMK Hua Lian (Larut Matang Selama), St John Ambulan SMK Bt 4 Gerik(Hulu Perak) dan PBSM SMK Clifford(Kuala Kangsar).
Setiap Pasukan diwakili oleh 40 pelajar dan 2 orang guru. Pertandingan bermula jam 9.10 pagi dan berakhir jam 12.30 Tengahari
Johan Pasukan Pengakap Daerah Kerian. Kedua Pengakap Daerah Larut Matang Selama dan St John Ambulan Daerah Kinta Selatan tempat ketiga.Ketua Platun terbaik juga dari Daerah Kerian. Tahniah..
Perasmian Penutup oleh Timbalan PPD Daerah Kinta Selatan Tn Hj Mohd Azlan Bin Nordin. Turut hadir ialh En. Wan Saiful Akmar Bin Mohd Idris, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Pasukan Pengakap Daerah Kerian akan mewakili Negeri Perak dalam Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Kebangsaan pada bulan Jun nanti. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat..
Laporan Kapt.KRS Shahori Bin Mohamad Esa, Pegawai Teknikal PBB Daerah Kinta Selatan..

2 ulasan:

cikceriacorner berkata...

emm..bagusla cikgu..
kawad ni kekadg memberi semangat 1 pasukan..
bestkan..sy dulu masa sek x suka kawad tp bile masuk u terpaksa kawad coz masuk kesatria..hehhe

krskintaselatan berkata...

tapi i x kurus2 gak, almaklum mengurus aje, bukannya berkawad.. tq menjenguk