Seramai 16 orang guru dan 3 orang Penolong Kanan dari Daerah Kinta Selatan telah ditauliahkan Pangkat Leftnenan Muda dan Timbalan Komandan KRS Sekolah oleh Pegawai KRS Daerah,Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan YM Hj Raja Abdul Rahman Bin Raja Amran di Pusat Latihan Uitm,SG Galah,Tg Tualang pada 11hb November 2009.
Khamis, 12 November 2009
KURSUS PENTAULIAHAN 2009
Selasa, 3 November 2009
KURSUS PENYELAMAT DI AIR
Kursus anjuran Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah diadakan di PULARES,Batu Gajah bermula dari 26hb Oktober hingga 31hb Oktober 2009. Kolam Renang Majlis Daerah Kinta Barat telah dijadikan pusat latihan renang dan ujian.
Seramai 21 orang guru KRS (Kadet Remaja Sekolah) dari seluruh daerah di Negeri Perak telah mengambil bahagian termasuk Penolong Pengarah Kokurikulum JPN Perak, Tuan Wan Shaiful Akmar Mohd Idris dan Penyelia Kokurikulum JPN, Tuan Mior Mohd Roselan Bin Mior Hassan yang berumur 54 tahun
Pada 27 dan 28 Oktober, peserta diajar teknik renang dengan betul oleh Jurulatih dari JPN Perak iaitu Tuan Anuar Ahmad dari Sek. Men. Teknik Teluk Intan. 29 dan 30 Oktober diajar pula teknik menyelamat di air, dengan menggunakan pelbagai kaedah antaranya menggunakan tali dan pelampung dan sebagainya.
Kesungguhan guru-guru dalam kursus ini jelas dapat dilihat diwajah mereka berikutan peristiwa Jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan yang turut memberi semangat untuk berjaya. 2 orang guru telah mengalami demam hingga menjejaskan latihan mereka.
Pada 31 Oktober telah diadakan ujian untuk diberi sijil dari Persatuan Penyelamat Negeri Perak. Akhirnya guru-guru telah berjaya mencapainya.
1. Sijil International Life Safer (6 Orang)
i. Anuar Bin Ahmad - Sek. Men Teknik Teluk Intan
ii. Makesvaran A/L Daniah - Pusat Renang Batu Gajah
iii. Hasbullah Bin Yusop - SK Megat Khas
iv. Khairul Bin Abdul Wahid - SK RKT Bersia
v. Mohd Fauzi Bin Hj Masri - SMK Sri Kurau
vi. Muhd Fadzli Bin Mat Zain - SK Sungai Samak
2. Sijil Bronze Medal ( 5 Orang )
i. Mior Mohd Ruselan Bin Mior Hassan - Penyelia Kokurikulum JPN Perak
ii. Azhar Bin Mansor - SMK Pangkor
iii. Muhamaad Zaki Bin Manap - Sek Men Teknik Teluk Intan
iv. Dilmi Bin Mohd Zulkifli - SMK Seri Samudera
v. Jamaludin Bin Hamid - SMK Alor Pongsu
3. Sijil Intermediate ( 4 orang)
i. Mohd Azlan Bin Khalil _- SMK Anderson
ii. Khairul Farez Bin Nahrawi - SMK Aminuddin Baki,Chemor
iii. Norazimi Bin M. Taufek - SMK Ulu Bernam
iv. Mohd Zuhair Azuar Bin Ariffin - SMK Jelapang Jaya.
4. Sijil Asas Renang
i. Shahori Bin Mohamad Esa - SMK Yuk Kwan
ii. Azmah Binti Abdul Hamid - SMK Sultan Yussuf
iii. Nur Azura Binti Mohd Zabidi - SMK Pei Yuan
Tahniah kepada guru-guru yang terlibat..