Khamis, 12 November 2009

KURSUS PENTAULIAHAN 2009

Seramai 16 orang guru dan 3 orang Penolong Kanan dari Daerah Kinta Selatan telah ditauliahkan Pangkat Leftnenan Muda dan Timbalan Komandan KRS Sekolah oleh Pegawai KRS Daerah,Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan YM Hj Raja Abdul Rahman Bin Raja Amran di Pusat Latihan Uitm,SG Galah,Tg Tualang pada 11hb November 2009.



Kursus yang bermula dari 09hb November lalu meliputi Pengenalan KRS, Kawad Kaki, Bantu Mula,Orienteering,Ikhtiar Hidup dan Ikatan berjalan dengan lancar. Seramai 10 Jurulatih termasuk Mejar KRS Anuar Ahmad Pegawai Protokol KRS Negeri Perak,Kapt. KRS Azmi Abd Rahman dari Kinta Utara dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Sharif Bin Ibrahim telah membantu dalam kursus tersebut.

Pihak Jawatankuasa KRS Daerah Kinta Selatan yang diketuai oleh Pegawai Tadbir KRS Daerah,Kapt. KRS Norizman Idris berpuashati dengan perjalanan kursus tersebut.Guru-guru ditempatkan di 2 buah banglo yang disewa dari pihak Uitm.

Dalam Majlis penutup, Pegawai KRS Daerah menyeru guru-guru yang telah ditauliahkan agar dapat menggunakan ilmu yang dipelajari untuk disampaikan kepada murid-murid sehingga murid-murid berjaya dan dapat dipergunakan dengan betul demi membentuk sifat yang baik dan terpuji.Turut hadir pada majlis penutup ialah Penolong Pegawai KRS Daerah,Penolong PPD Daerah Tuan Kamarudin Ghazali dan Pengelola KRS Daerah,Penyelia Kokurukulum PPD Tuan Mat Salleh Abd Raffar serta Pengerusi Teknik Pasukan Badan Berunifom Daerah, Kapt. KRS Shahori Mohamad Esa.

- Laporan Kapt. KRS Shahori Mohamad Esa